MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Thursday, December 18, 2008

::: Huruf Pangkal Pada Nama :::

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting.Berikut sebagai sedikit panduan.

*A* Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

*B* Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

*C* Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan.Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

*D* Pendiam, bercakap hanya bila perlu.Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja.Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita.Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

*E* Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab.Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

*F* Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja..

*G* Kerap murung dan bersedih hati.Pendiriannya mudah dipengaruhi.Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

*H* Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut.Tidak pernah melukai perasaan orang lain.Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

*I* Suka memendam perasaan dan permasalahan.Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain.Suka menangis.

*J* Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan.Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

*K* Pandai berjenaka.Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah.Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

*L* Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan.Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain.. Amat berhati-hati bila berbelanja.Kelemahannya, tidak menepati masa..

*M* Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak.Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

*N * Baik hati dan rapi dalam berpakaian.Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan.Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

*O* Serba boleh.Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain.. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

*P* Pandai berjenaka dan selalu ceria.Punya banyak idea dan sangat kretif.Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

*Q* Setia dan mudah memaafkan orang lain.Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan.Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

*R* Pendiam dan bercakap hanya bila perlu.Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik.. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

*S* Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita.Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi.Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.(i'm a dangerous person.....hehehehe he.....)

*T* Sangat berdisiplin.Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan.. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

*U* Suka berterus-terang dan menyendiri.Naif baginya merugikan orang lain.Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

*V* Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat.Tidak suka berterus terang.

*W * Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan.Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan.Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

*X * Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial.Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

*Y * Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri.Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik.Tidak berani mengemukakan pendapat.

*Z * Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan.Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

No comments:

Post a Comment