MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Thursday, December 18, 2008

::: Hubungan & Maksiat :::

Ketahuilah wahai insan,agama itu terdiri daripada 2 bahagian:

i -Meninggalkan maksiat
ii -Mengerjakan taat.

Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat kerana taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan maksiat hanya dapat dilakukan oleh para siddiqin(orang orang yang benar). Oleh itu Rasulullah SAW bersabda:(yang bermaksud),
"Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah daripada kejahatan (meninggalkan kejahatan).Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya."
Setiap manusia biasa tidak boleh lari dari melakukan kejahatan(kemaksiatan).Dan sebaik-baik mereka adalah mereka yang berusaha untukcuba menjauhi segala kejahatan dah kesalahan itu yakni cuba menghindaridari menuruti hawa nafsu.Begitu juga dalam soal percintaan,sekiranyamereka yang bercinta itu hanyalah atas dasar untuk berseronok danbersuka-suka,semestinya percintaan itu bukan lagi percintaan cara Islam sebaliknya percintaan yang menurut hawa nafsu mereka.Sebaliknyasekiranya ia dilakukan dengan hati yang suci ,ikhlas untuk mengenaliantara satu sama lain,tanpa wujud sedetik pun rasa ragu-ragu,jauhsekali untuk menjurus ke arah kemaksiatan,maka cara itu adalah satucara untuk lebih mengenali antara satu sama lain dengan dibatasi olehkehendak agama.
Sungguh pun cara yang sepatutnya adalah pertemuan yangdiaturkan oleh keluarga dan tali pertunangan diikat,namun kita seharusnyaatau sebaiknya mengenali terlebih dahulu hati budi,akhlak ,peribadidan latar belakang orang yang telah telah meminang kita itu.Jadi adalahsatu kelebihan jika kita mengenali sedalam-dalamnya seseorang yang inginmenjadi pasangan hidup kita sebelum apa apa ikatan diputuskan umpamanyatali pertunangan.Maka selepas itu kita boleh membuat keputusan sama adamenerima atau menolaknya kerana kita telah mengetahui baik buruk hatidan keikhlasan hati seseorang.Apa akan terjadi sekiranya semua perilakusebenar diketahui selepas diijab kabulkan,maka situasi ini sudahterlambat,bukan lagi nasi sudah menjadi bubur,malah lebih burukdari itu.Keadaan yang diharapkan untuk kebahagiaan dunia akhiratbertukar menjadi kedukaan dan kesengsaraan dunia akhirat jika kitatelah tersalah pilih.Orang yang meletakkan akal dihadapan dan bukannafsu dihadapan sentiasa akan berfikir secara waras jalan yangterbaik seharusnya dilalui oleh dirinya tanpa mencemarkan danmelanggar nilai-nilai Islam dan syarak Islam.Wallahua'lam.

::: Hadis Sahabat :::

Imam Al Ghazali:
Barangsiapa yg menghabiskan waktu berjam-jam lamanya utk mengumpul harta krn takutkan miskin, maka dialah sebenarnya org yg miskin.

Imam Al Ghazali:
Berani adalah sifat mulia kerana berada antara pengecut dan membabi buta. Pemurah itu juga suatu kemuliaan kerana berada antara bakhil dan boros.

Imam Al Ghazali:
Ketahuilah bahawa harta itu adalah seperti ular.Padanya ada racun dan padanya jua ada penawar.Faedahnya itu ubat dan bahayanya itu ialah bisa.

Imam Al Ghazali:
Orang yg tidak bersabar sesudah bersedekah ialah orang yang berbangga-bangga & mencaci dengan sedekahnya, maka dia sendiri membatalkan amalannya.

Imam Al Ghazali:
Cinta adalah merupakan sumber kebahagiaan dan cinta terhadap Allah mesti dipelihara dan dipupuksuburkan dengan solat serta ibadah yang lainnya.

Imam Al Ghazali:
Ilmu yg hakiki itu ialah yang beri keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia.

Imam Al Ghazali:
Barangsiapa yang menyombongkan diri kapada salah seorang darrpada hamba- hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada hakNya.

Hamka:
Ada orang yang hidup tetapi mati dan ada orang yang mati tetapi masih hidup.
Abdullah b.Abbas:Ilmu itu didapati dengan lidah yg gemar bertanya dan akal yg suka berfikir.

Saidina Ali:
Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.

Berkata Imam Nawawi:
"Aku menyintaimu krn agama yg ada padamu, jika kau hilangkan agama dlm dirimu, hilanglah cintaku padamu."

Akhtam b Saifi berkata:
"Jagalah lidah kamu kerana sesungguhnya alat yang dapat membunuh terletak diantara dua rahangnya".

::: Putar Belit Musuh² Islam :::

Sekali Air Bah...
``SUNGGUH keluarga Hisham bin Mughirah meminta izin kepadaku bahawa mereka akan menikahkan anak perempuannya dengan Ali bin Abi Talib.
``Aku tidak mengizinkan mereka berbuat demikian...sungguh aku tidak akan mengizinkan...dan sekali lagi aku tidak mengizinkan...
``Ya Allah, kecualilah Ali mahu menceraikan puteriku, Fatimah dan menikahi puteri mereka!
``Sungguh puteriku Fatimah adalah sebahagian daripadaku. Aku merasa cemas terhadap apa yang dicemaskannya.
``Aku merasa sakit terhadap sesuatu yang menyakitinya. Dan aku khuatir kalau-kalau puteriku terganggu agamanya.''
Ucapan ini disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. dalam keadaan marah di hadapanorang ramai di dalam masjid, sebaik sahaja baginda diberitahu menantunya,Ali akan berkahwin lagi.
Sekali imbas peristiwa ini menggambarkan penolakan nabi terhadap poligamiyang akan di alami oleh puteri kesayangannya, Fatimah.Itulah juga tuduhanyang dilemparkan oleh musuh-musuh Islam dan para orientalis terhadaptindakan baginda.
Nabi ditohmah mengamalkan poligami kerana nafsunya yang kuat, tetapi dalamwaktu yang sama tidak membenarkan puterinya dimadu.Bayangkan kenyataan yangdisebarkan secara meluas dan diterima bulat-bulat oleh generasi Muslim akandatang!
Kita sepatutnya lebih waspada dan kritis terhadap cerita-cerita sejarahseperti ini, tidak sekadar menerima apa adanya.Apatah lagi yang melibatkanperibadi junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana musuh-musuh Islamakan menjalankan pelbagai taktik dan cara melumpuhkan dan memburukkankesucian agama kita.
Jangan sampai kita terpedaya dan menjadi alat musuh tanpa disedari, keranamereka datang dengan berbagai-bagai topeng yang tidak disangka-sangka. Barangkali kita terjebak kerana kejahilan atau kealpaan.Atau mungkin jugaemosi dan nafsu yang kurang terkawal, menggelapkan fikiran waras sehinggamengatasi tuntutan agama.
Cuba kita lihat dan renungkan sambungan peristiwa penolakan Rasulullah s.a.w.ini.
``Aku tidak akan mengharamkan yang halal, juga tidak akan menghalalkan yang haram. Tetapi Allah tidak akan mengampunkan puteri Rasulullah dengan puteri musuh Allah dalam satu rumah selama-lamanya.''
Wanita yang akan menjadi madu Fatimah adalah anak kepada Amar bin HishamAl-Makhzumi. Amar juga dikenali sebagi Abul Hakam atau Abu Jahal. Abu Jahal, orang yang paling kuat menentang dakwah Islam yang disebarkanoleh Rasulullah s.a.w.
Kebenciannya kepada Nabi Muhammad pernah diutarakan kepada kaum Quraisy:
``Wahai kaum Quraisy, sungguh Muhammad tidak mahu berhenti mencela tuhan-tuhan kita, mencela nenek moyang kita. Aku bersumpah, sungguh besok aku akan duduk di dekatnya dengan membawa batu besar, yang aku sendiri tidak mampu mengangkatnya.
``Batu itu akan kuletakkan di atas kepalanya ketika dia sujud.''
Abu Jahal juga akan menghina setiap kali mendengar ada orang yang memelukIslam. Sekiranya ia seorang bangsawan, Abu Jahal akan mengejeknya:
``Kamu tinggalkan agama nenek moyangmu, yang sebetulnya lebih baik untukmu. Kamu memang bodoh, pendapatmu salah dan kami akan menjatuhkan nilai kebangsawananmu.''
Seandainya ia seorang yang lemah dan miskin, Abu Jahal akan menyiksasepuas-puasnya.Inikah orang yang akan membawa anaknya serumah denganputeri Rasulullah?
Peristiwa ini hanyalah salah satu contoh putar belit musuh-musuh Islam,supaya kita lebih berhati-hati menerima kenyataan dan penjelasan daripelbagai pihak yang mempunyai agendanya tersendiri. Penyelewengan tafsiranal-Quran, hadis-hadis palsu dan fakta sejarah yang ditunggang terbalikkan,adalah di antara jalan-jalan yang biasa digunakan untuk melemahkan danmemesongkan kepercayaan kita.
Mudah-mudahan Allah tetapkan hati kita dalam agama-Nya.

::: Arak Itu Bahaya :::

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...
he he he.....

::: Amalan² Yang Terbalik :::

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah mahupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.

Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.

Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.

Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.

Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."(Riwayat Bukhari)

::: Wudhuk :::

rugi la klw sesape xamek wuduk...wuduk ni bkn je mase nk solat or ngaji...tp time u all nk kuar rumah ke...sblm tido ke...insyaAllah kemane u all pegi, roh yg u all bawak akan slamat....slagi u all berade dlm lindungan Allah... =p

1.Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah ampunilah dosa mulut dan lidahku ini " Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak Berfaedah.

2.Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3.Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini" Penjelasan: Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan

4.Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini". Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri

5.Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan ArasyMu" Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6.Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,ampunilah dosa telinga ku ini" Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah, mendengar lagu2 berunsur maksiat.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkan-lah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8.Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu Dengan,"YaAllah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat" Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wudhuk sedemikian rupa?Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita peroleh dalam menghayati Islam?Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?Bersyukurlah dan bertaubat selalu

::: Wing Maxi Pad :::

Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa berjumpa ahli sihir.

Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia. Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus semua dosa yg telah kamu lakukan" kata ahli sihir." Saya akan hantar kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan dijelma ke "benda" bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?", tanya ahli sihir.

Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH,heh...heh...heh...". Ahli sihir pun bersetuju dan menukar drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK. Ke bumi dracula pergi, terbang kesana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun.

Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir. "Saya akan memberi satu lagi peluang" kata ahli sihir. "Saya akan hantarkan kamu balik kebumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan kamu?". Dengan sipu2 Dracula ini menjawab "Saya nak jadi jugak BENDA HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!". Ahli sihir fikir sekejap dan kata "Kalau itu yg awak mahu" dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK.

Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula terasa bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3. "Saya akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat" kata ahli sihir" Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA. So,apa dia kali ini?" Tanya ahli sihir.

Dracula yg masih degil ini menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH...heh.. heh.. heh..". "No problem" kata ahli sihir dan terus menukar Dracula menjadi Tuala Wanita WING MAXI PAD. heheheheheheeeee...