MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Thursday, December 18, 2008

::: Hadis Sahabat :::

Imam Al Ghazali:
Barangsiapa yg menghabiskan waktu berjam-jam lamanya utk mengumpul harta krn takutkan miskin, maka dialah sebenarnya org yg miskin.

Imam Al Ghazali:
Berani adalah sifat mulia kerana berada antara pengecut dan membabi buta. Pemurah itu juga suatu kemuliaan kerana berada antara bakhil dan boros.

Imam Al Ghazali:
Ketahuilah bahawa harta itu adalah seperti ular.Padanya ada racun dan padanya jua ada penawar.Faedahnya itu ubat dan bahayanya itu ialah bisa.

Imam Al Ghazali:
Orang yg tidak bersabar sesudah bersedekah ialah orang yang berbangga-bangga & mencaci dengan sedekahnya, maka dia sendiri membatalkan amalannya.

Imam Al Ghazali:
Cinta adalah merupakan sumber kebahagiaan dan cinta terhadap Allah mesti dipelihara dan dipupuksuburkan dengan solat serta ibadah yang lainnya.

Imam Al Ghazali:
Ilmu yg hakiki itu ialah yang beri keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia.

Imam Al Ghazali:
Barangsiapa yang menyombongkan diri kapada salah seorang darrpada hamba- hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada hakNya.

Hamka:
Ada orang yang hidup tetapi mati dan ada orang yang mati tetapi masih hidup.
Abdullah b.Abbas:Ilmu itu didapati dengan lidah yg gemar bertanya dan akal yg suka berfikir.

Saidina Ali:
Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.

Berkata Imam Nawawi:
"Aku menyintaimu krn agama yg ada padamu, jika kau hilangkan agama dlm dirimu, hilanglah cintaku padamu."

Akhtam b Saifi berkata:
"Jagalah lidah kamu kerana sesungguhnya alat yang dapat membunuh terletak diantara dua rahangnya".

No comments:

Post a Comment