MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Thursday, December 18, 2008

::: Putar Belit Musuh² Islam :::

Sekali Air Bah...
``SUNGGUH keluarga Hisham bin Mughirah meminta izin kepadaku bahawa mereka akan menikahkan anak perempuannya dengan Ali bin Abi Talib.
``Aku tidak mengizinkan mereka berbuat demikian...sungguh aku tidak akan mengizinkan...dan sekali lagi aku tidak mengizinkan...
``Ya Allah, kecualilah Ali mahu menceraikan puteriku, Fatimah dan menikahi puteri mereka!
``Sungguh puteriku Fatimah adalah sebahagian daripadaku. Aku merasa cemas terhadap apa yang dicemaskannya.
``Aku merasa sakit terhadap sesuatu yang menyakitinya. Dan aku khuatir kalau-kalau puteriku terganggu agamanya.''
Ucapan ini disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. dalam keadaan marah di hadapanorang ramai di dalam masjid, sebaik sahaja baginda diberitahu menantunya,Ali akan berkahwin lagi.
Sekali imbas peristiwa ini menggambarkan penolakan nabi terhadap poligamiyang akan di alami oleh puteri kesayangannya, Fatimah.Itulah juga tuduhanyang dilemparkan oleh musuh-musuh Islam dan para orientalis terhadaptindakan baginda.
Nabi ditohmah mengamalkan poligami kerana nafsunya yang kuat, tetapi dalamwaktu yang sama tidak membenarkan puterinya dimadu.Bayangkan kenyataan yangdisebarkan secara meluas dan diterima bulat-bulat oleh generasi Muslim akandatang!
Kita sepatutnya lebih waspada dan kritis terhadap cerita-cerita sejarahseperti ini, tidak sekadar menerima apa adanya.Apatah lagi yang melibatkanperibadi junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana musuh-musuh Islamakan menjalankan pelbagai taktik dan cara melumpuhkan dan memburukkankesucian agama kita.
Jangan sampai kita terpedaya dan menjadi alat musuh tanpa disedari, keranamereka datang dengan berbagai-bagai topeng yang tidak disangka-sangka. Barangkali kita terjebak kerana kejahilan atau kealpaan.Atau mungkin jugaemosi dan nafsu yang kurang terkawal, menggelapkan fikiran waras sehinggamengatasi tuntutan agama.
Cuba kita lihat dan renungkan sambungan peristiwa penolakan Rasulullah s.a.w.ini.
``Aku tidak akan mengharamkan yang halal, juga tidak akan menghalalkan yang haram. Tetapi Allah tidak akan mengampunkan puteri Rasulullah dengan puteri musuh Allah dalam satu rumah selama-lamanya.''
Wanita yang akan menjadi madu Fatimah adalah anak kepada Amar bin HishamAl-Makhzumi. Amar juga dikenali sebagi Abul Hakam atau Abu Jahal. Abu Jahal, orang yang paling kuat menentang dakwah Islam yang disebarkanoleh Rasulullah s.a.w.
Kebenciannya kepada Nabi Muhammad pernah diutarakan kepada kaum Quraisy:
``Wahai kaum Quraisy, sungguh Muhammad tidak mahu berhenti mencela tuhan-tuhan kita, mencela nenek moyang kita. Aku bersumpah, sungguh besok aku akan duduk di dekatnya dengan membawa batu besar, yang aku sendiri tidak mampu mengangkatnya.
``Batu itu akan kuletakkan di atas kepalanya ketika dia sujud.''
Abu Jahal juga akan menghina setiap kali mendengar ada orang yang memelukIslam. Sekiranya ia seorang bangsawan, Abu Jahal akan mengejeknya:
``Kamu tinggalkan agama nenek moyangmu, yang sebetulnya lebih baik untukmu. Kamu memang bodoh, pendapatmu salah dan kami akan menjatuhkan nilai kebangsawananmu.''
Seandainya ia seorang yang lemah dan miskin, Abu Jahal akan menyiksasepuas-puasnya.Inikah orang yang akan membawa anaknya serumah denganputeri Rasulullah?
Peristiwa ini hanyalah salah satu contoh putar belit musuh-musuh Islam,supaya kita lebih berhati-hati menerima kenyataan dan penjelasan daripelbagai pihak yang mempunyai agendanya tersendiri. Penyelewengan tafsiranal-Quran, hadis-hadis palsu dan fakta sejarah yang ditunggang terbalikkan,adalah di antara jalan-jalan yang biasa digunakan untuk melemahkan danmemesongkan kepercayaan kita.
Mudah-mudahan Allah tetapkan hati kita dalam agama-Nya.

No comments:

Post a Comment