MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Thursday, December 18, 2008

::: Hubungan & Maksiat :::

Ketahuilah wahai insan,agama itu terdiri daripada 2 bahagian:

i -Meninggalkan maksiat
ii -Mengerjakan taat.

Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat kerana taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan maksiat hanya dapat dilakukan oleh para siddiqin(orang orang yang benar). Oleh itu Rasulullah SAW bersabda:(yang bermaksud),
"Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah daripada kejahatan (meninggalkan kejahatan).Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya."
Setiap manusia biasa tidak boleh lari dari melakukan kejahatan(kemaksiatan).Dan sebaik-baik mereka adalah mereka yang berusaha untukcuba menjauhi segala kejahatan dah kesalahan itu yakni cuba menghindaridari menuruti hawa nafsu.Begitu juga dalam soal percintaan,sekiranyamereka yang bercinta itu hanyalah atas dasar untuk berseronok danbersuka-suka,semestinya percintaan itu bukan lagi percintaan cara Islam sebaliknya percintaan yang menurut hawa nafsu mereka.Sebaliknyasekiranya ia dilakukan dengan hati yang suci ,ikhlas untuk mengenaliantara satu sama lain,tanpa wujud sedetik pun rasa ragu-ragu,jauhsekali untuk menjurus ke arah kemaksiatan,maka cara itu adalah satucara untuk lebih mengenali antara satu sama lain dengan dibatasi olehkehendak agama.
Sungguh pun cara yang sepatutnya adalah pertemuan yangdiaturkan oleh keluarga dan tali pertunangan diikat,namun kita seharusnyaatau sebaiknya mengenali terlebih dahulu hati budi,akhlak ,peribadidan latar belakang orang yang telah telah meminang kita itu.Jadi adalahsatu kelebihan jika kita mengenali sedalam-dalamnya seseorang yang inginmenjadi pasangan hidup kita sebelum apa apa ikatan diputuskan umpamanyatali pertunangan.Maka selepas itu kita boleh membuat keputusan sama adamenerima atau menolaknya kerana kita telah mengetahui baik buruk hatidan keikhlasan hati seseorang.Apa akan terjadi sekiranya semua perilakusebenar diketahui selepas diijab kabulkan,maka situasi ini sudahterlambat,bukan lagi nasi sudah menjadi bubur,malah lebih burukdari itu.Keadaan yang diharapkan untuk kebahagiaan dunia akhiratbertukar menjadi kedukaan dan kesengsaraan dunia akhirat jika kitatelah tersalah pilih.Orang yang meletakkan akal dihadapan dan bukannafsu dihadapan sentiasa akan berfikir secara waras jalan yangterbaik seharusnya dilalui oleh dirinya tanpa mencemarkan danmelanggar nilai-nilai Islam dan syarak Islam.Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment